PADI

 KETERANGAN AM


Nama Biasa : Padi
Nama Saintifik : Oryza sativa L.
Keluarga : Oxalidaceae

Asal :
Padi dikatakan berasal dari daerah lembah Sungai Gangga dan Sungai Brahmaputra dan dari lembah Sungai Yangtse . Di Afrika, padi Oryza glaberrima ditanam di daerah Afrika barat tropika.

Kawasan Utama Tanaman :
Tanaman Padi boleh didapati di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia terutama di negeri-negeri Kedah, Selangor, Pelis dan Pulau Pinang.

Kandungan Zat Makanan :




KandunganBeras tidak digilapBeras digilap
Protin (g)8.07.1
Karbohidrat (g)76.079.0
Lemak(g)1.80.5
Serabut (g)0.50.4
Kalsium (mg)53.011.0
Besi4.41.4
Fosforus (g)195118
Kalium (mg)5931
Natrium (mg)5422
Vit. B1 (mg)0.380.11
Vit. B2 (mg)0.140.06
Niacin (mg)5.53.3

TANAMAN BOTANIA

Batang :
Berongga, tegak, 30-150cm tinggi Buku padat dan bengkak dan kerapkali bahagian bawah ruas berwarna samar atau unggu tua.

Daun :
Daun panjang dan lurus 10 - 20 daun yang mempunyai upih daun panjang. Ligul panjang, aurikel terdapat di bahagian pertemuan upih daun dan lai daun. Urat tengah daun ketara, kadang kala berbulu.

Akar :
Sistem akar adventitius Akar bertukar warna dari putih ke perang apabila berlaku proses pengoksidan dalam tanah.

Bulir :
Padat, bermula dari pangkal batang keluar daripada upih daun pengasuh. Mempunyai 1-7 cabang.

Spikelet :
Terdiri daripada kelompok sekam (glume), kulit padi (lemma mandul & Palea) dan organ pembiakan.

Bunga :
Terdiri daripada lemma dan palea (kulit padi), 2 lodicule, 6 stamen di keliling ovari.

Biji :
Ditutupi oleh lemma dan palea (kulit padi) Lapisan luar dedak (pericarp) berwarna putih atau perang.

Pendebungaan :
Pendebungaan padi adalah secara sendiri.

Kultivar / Klon :

Ciri-Ciri
MR 84
MR 159
MR 167
MR 185
MR 219
Luar Musim125120121115111
Musim Utama115116104112105
Luar Musim138134130125n.a
Musim Utama124125124122n.a
Bil. tangkai/perdu13-1712-1615-1713-16n.a
Bil. spikelet/tangkai130126-138118-127140150
Spikelet Bernas (%)84n.an.a9063.4
Berat 1000 biji (g)2625.723.725.327.11
Hasil Pengeluaran (tan/ha)4.0-6.23.9-6.74.5-5.85.0-7.05.9-10.73
Hasil Pengeluaran (tan/ha)SederhanaSederhanaSederhanan.an.a
Hasil Pengeluaran (tan/ha)RintanRintanRintanRintanRintang
Hasil Pengeluaran (tan/ha)RentanRentanRentann.aRintang
Hasil Pengeluaran (tan/ha)RentanRentanRentanSederhanaSederhana
Hasil Pengeluaran (tan/ha)RentanRentanRentanSederhanaSederhana
Hasil Pengeluaran (tan/ha)RentanRentanRentann.aSederhana
Green Plant Hopper (PMV)SederhanaRintangRentanSederhanaSederhana

KEPERLUAN TANAMAN

Suhu :
Tanaman padi sesuai pada suhu 20°C-33°C dan purata hujan sebanyak 200-300 mm/bulan.

Tanah :
Padi tumbuh di tanah jenis lempung,lempung berkelodak, lom lempung dan lempung berpasir dan mempunyai pH tanah sekitar 5.5 - 6.5.

AMALAN KULTUR

Penyediaan Tanah :
Hapuskan rumpai sebelum dan selepas membajak. Baiki batas, parit dan tali air selepas menuai. Membajak 2 - 3 kali. Merata tanah sawah untuk mengawal paras air seluruh petak.

Penyediaan Benih :
Sedia benih pra-cambah : Rendam benih selama 24 jam, buang air dan sejatkan selama 24 jam (untuk MR 219, rendam benih selama 48 jam).

Penyediaan Tapak Semaian :
Untuk sistem mengubah, tabur benih pra-cambah sekata di atas tapak semaian. Untuk sistem mengubah berjentera, tabur benih pra-cambah dalam kotak-kotak semaian yang sesuai.

i)  Sistem Tabur Terus - Tabur benih pra-cambah secara manual atau menggunakan mesin penyembur dengan kadar benih 150 kg/ha
ii) Sistem Mengubah - Kadar benih ialah 25 kg/ha untuk sistem mengubah secara manual dan 50 kg/ha jika menggunakan mesin mengubah.
    Jarak tanaman ialah 25 x 25 cm. Guna anak benih berumur 25 hari. Mengubah 2 - 3 anak pokok/lubang secara manual atau jentera
    mengubah.

Pembajaan :
Pengesyoran kadar baja berbeza mengikut zon kawasan padi dan ianya berdasarkan analisis tanah dan sistem DRIS (Diagnostic Recommended Integrated System).

Zon
Hasil Sasaran (t/ha)
5.57.510
Kadar Baja (kg/ha)
NP2O5K2ONP2O5K2ONP2O5K2O
KADA, KETARA & Kemasin Semerak90405013060100Potensi Terhad
PBLS9040401206010017080150
MADA9040401206010017080140
Seberang Perak9040401206010017080150
Seberang Perai9040401206010017080150
Kerian Laut904040Potensi TerhadPotensi Terhad
Kerian Darat/Sg. Manik904080Potensi TerhadPotensi Terhad

Masa pembajaan adalah seperti berikut :

Masa PenggunaanJenis Baja% Baja Disyorkan
15 - 20 HLTBaja Campuran Subsidi100%
35 - 40 HLTUrea100%
50 - 60 HLTSebatian*50%
70 - 75 HLTSebatian*50%

Pengurusan Air :
Sistem pengurusan air sempurna bagi tanaman padi akan :
- Membekal air yang mencukupi
- Menahan air di dalam setiap lot
- Membuang air dari ladang

Keperluan Air di Peringkat Tumbesaran Pokok Padi :

HLTPeringkat Tumbesaran PadiTahap keperluan Air
30Baja Campuran SubsidiAmat Mustahak
40Beranak AktifMustahak
60Beranak Tidak AktifMustahak
70Pembetulan BulirMustahak
80BuntingAmat Mustahak
100Terbit dan BersusuAmat Mustahak
115MatangTidak Mustahak
130TuaiTidak Mustahak

Teknik Pengurusan Air Bagi Sistem Tabur Terus :

PeringkatParas Air
Merotor5 cm
1 hari sebelum tabur benihSemua air disaliri keluar
7 - 10 hari selepas tabur3 - 5 cm
15 - 20 hari sebelum penuaianSemua air disaliri keluar

PENGURUSAN PEROSAK

Pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu Melibatkan :
- Penggunaan varieti rintang
- Amalan kultural
- Pengawasan dan ramalan perosak
- Kawalan biologi
- Penggunaan kimia secara bijaksana

Penyakit :
Penyakit yang sering menyerang padi adalah seperti berikut :

Penyakit
Tanda-tanda
Kawalan
Karah Padi
(Pyricularia oryzae)
Berbentuk lonjong dan runcing di hujung, pada daun, tangkai dan buah padi.1. Guna varieti rintang.
2. Rawat benih dengan racun kulat
    (benomil, thiram)
3. Sembur dengan endiphenfos dan
    benomil.
4. Elakkan penggunaan baja N berlebihan.
Hawar Seludang (Thanatephorus cucumeris)Bintik berwarna kelabu kehijauan bundar pada seludang atau upih daun.1. Elakkan penggunaan baja N berlebihan.
2. Sembur dengan racun monuren,
    benomil.
Hawar Daun Bakteria (Xanthomonas campestris)Bintik kecil yang basah di tepi daun. Bintik-bintik membesar dan daun menjadi kuning dan layu. Diperingkat teruk, tepi daun berombak.1. Guna varieti rintang.
2. Elakkan penggunaan baja N berlebihan.
Penyakit Merah Virus
(Virus)
Pokok bantut, warna daun merah atau jingga dan daun berpintal.1. Guna varieti rintang.
2. Kawal pembawa virus (bena hijau)
    dengan racun BPMC atau propoxur.
3. Musnahkan pokok berpenyakit.

Serangga :
Serangga yang biasa menyerang padi adalah seperti berikut :

Perosak
Tanda-tanda
Kawalan
Benang Perang (Nilaparvata lugens)Daun menjadi kuning dan kering dengan simptom yang dinamakan "hopper burn"1. Guna varieti rintang
2. Sembur dengan BPMC atau
    ethofenprox.
3. Keringkan sawah apabila serangan
    teruk.
Kutu Bruang (Scotinophara coarctata)Nimpa dan dewasa menghisap batang di paras air. Pokok bantut dan buah padi tidak menjadi. Jika serangan teruk, pokok layu dan kering.1. Hapuskan semua rumpai.
2. Bajak tunggul-tunggul jerami selepas
    tuai.
3. Sembur dengan BPMC

Rumpai :
Rumpai boleh dikawal menggunakan jentera atau racun.

TUAIAN DAN PENGENDALIAN HASIL

Kematangan :
Padi biasanya mengambil masa di antara 105 - 125 hari selepas penanaman iaitu 80% buah masak bergantung kepada varieti.

Kaedah Tuaian :
Tuaian padi adalah melalui kaedah jentuai atau secara manual.

Pengendalian Hasil :
Padi yang dituai mesti dikeringkan ke tahap 14% kelembapan dalam tempoh 24 jam di bawah cahaya matahari atau mesin pengering.

LANDSKAP MEMBINA LANDSKAP UNTUK MEMULIHARA ALAM SEKITAR YANG TERCEMAR MENCANTIKKAN KAWASAN DAN FUNGSINYA MENJADIKAN TEMPAT YANG BERMANAFAAT MEMPERBAIKI KAWASAN MEMPENGARUHI HARGA TANAH/RUMAH TUJUAN LANDSKAP Landskap yang dikurniakan Tuhan sudah serba cukup untuk kita, akan tetapi ianya diubah untuk kepentingan manusia. Maka manusia berusaha untuk memperbaiki keadaannya dengan membuat landskap buatan manusia (design landscape) Landskap buatan manusia bertujuan: Bukan sahaja mencantikkan kawasan, pemandangan tetapi menambah nilai estetik suatu kawasan dan sekelilingnya Menyenangkan penyenggaraan dan pengurusan landskap seluruhnya Memberi penguna dengan suasana yang nyaman seperti penglihatan, udara segar, bunyi angin, daun, burung, siar jalan, bau harum Memberikan pengguna rasa rehat, terjaga, selamat atau rasa terbuka


 

Tahukah andan lanskap tabika terlihat eksklusif dengan menggunakan bahan terbuang?laskap tebahagi kepada dua LANDSKAP terbahagi kepada dua bahagian:- LANDSKAP TUMBUHAN (SOFT LANDSCAPE) dan LANDSKAP BINAAN (HARD LANDSCAPE)






























 

Lawatan dari sek men chini timur




 

TABIKA BERSAMA FELCRA : 3/9/2024

 






Jangan Buang Kulit Telur! Boleh Buat Baja Organik Untuk Suburkan Tanaman......

 Cara-cara membuat baja menggunakan kulit telur:

  • Kulit telur dikeringkan.
  • Hancurkan. Boleh pecah-pecah guna tangan. ...
  • Sangai sampai kekuningan.
  • Tumbuk sampai hancur boleh juga guna blender. ...
  • Final result. ...
  • Tabur atas medium atau gaul dalam medium pon boleh.
  • Ini contoh diblend ye.









Lawatan Perserta sentuhan kasih chini timur 2